DANA WAKAF RM1 JUTA DIPERLUKAN BAGI MEMBINA

MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 



Allah, Allah, Allah kasihan nasib anak-anak yatim dan asnaf ini!




"Pernah diusir dan dihalau jam 2.30 pagi,".

Begitulah situasi paling buruk yang terpaksa dihadapi warga dan pelajar Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah beberapa tahun lalu.

Mana tidaknya, Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah ini hanya mampu beroperasi dengan menyewa bangunan-bangunan atau tinggal di atas tanah wakaf sahaja.

Pelajar yang tinggal dan menuntut ilmu di Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah adalah terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu dan anak-anak yang tidak mempunyai waris serta berstatus asnaf. 

Mereka ini memerlukan bantuan perlindungan dan pendidikan.

Malah saban  hari, penambahan bilangan pelajar terus berlaku namun Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah tidak mampu lagi menyediakan ruang yang selesa.

Pastinya situasi bersesak di dalam kelas, berhimpit ketika solat dan padat di bilik asrama membelenggu anak-anak kurang bernasib baik ini.


Bukan setakat itu, pihak Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah ini juga masih serba serbi kekurangan dalam dalam menyediakan fasiliti pembelajaran, dan penginapan.


Pembinaan Kompleks Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah satu langkah kehadapan.



Justeru, sebagai langkah kehadapan satu kompleks Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah yang dianggarkan bakal menelan kos RM1 juta perlu dibina untuk kemaslahatan warga pendidik, pentadbir dan pelajar tahfiz di sini.

Pelajar dan warga Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah tidak lagi perlu berpindah randah apabila mengalami situasi-situasi yang tidak dijangka, contohnya dihalau pemilik bangunan dan sebagainya.

Kompleks Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah ini akan dilengkapi dengan bilik kelas, bilik asrama penginapan, dan fasiliti lain yang menjadi keperluan sesebuah madrasah.


Dijangka Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah akan menampung 80 sehingga 100 orang pelajar.

Sumbangan Orang Ramai DiTagih Dan Ketahui Kelebihan Berwakaf



Ayuh para pemburu syurga, para hati-hati yang tenang, ambillah peluang untuk membantu anak-anak syurga ini.

"Mereka perlu dibantu, perlu dilindungi, kita jayakan pembinaan kompleks Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah ini segera!!!,".

Hanya RM1 juta, puluhan malahan ratusan anak-anak syurga akan terbela nasib mereka, terjaga kehidupan mereka, terdidik akhlak mereka dan luas ilmu agama mereka.

Jika dilihat nilai RM1 juta itu sangat besar sekiranya dicari seorang, namun jika dihimpun dan dikumpul walau RM10 daripada ribuan dikalangan anda berhati pemurah, jumlah itu pasti tercapai.

Menyumbanglah walaupun sedikit kerana setiap amalan sedekah itu dihitung oleh Allah. Anda bukan hanya menolong membina tempat mencari ilmu Allah tetapi menolong anak-anak yatim dan asnaf.

Sungguh besar amalan bersedekah anda kali ini untuk Madrasah Darul Tahfeez Huriyya Al-Jannah.

Dari surah al-Baqarah : 261, yang membawa maksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
WAKAF PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 1 - RM1000
WAKAF PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 2 - RM750
WAKAF PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 3 - RM500
WAKAF PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 4 - RM250
WAKAF PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 5 - RM100
WAKAF PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 6 - RM50
WAKAF PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL-JANNAH 7 - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN